Cari @ Amanz

Kapal terbang elektrik sudah berjaya dihasilkan tetapi jarak perjalanan yang mampu dilakukan masih lagi lebih pendek berbanding pesawat dengan enjin jet. Bateri yang digunakan sekarang masih lagi terlalu berat dan mempunyai kepadatan kuasa yang rendah. Magpie Aviation cuba menyelesaikan isu ini dengan menggunakan sistem kapal terbang penunda.

Pesawat penumpang elektrik akan melakukan penerbangan dari sebuah lapangan terbang. Apabila di udara, sebuah pesawat penunda tanpa juruterbang akan menarik pesawat penumpang ke destinasi. Dengan ini pesawat penumpang tidak perlu menggunakan kuasa baterinya selagi ia ditunda. Menerusi sistem pesawat penunda berganti-ganti, pesawat elektrik dengan penumpang tadi boleh terbang ke destinasi lebih jauh.

Menurut Magpie Aviation, sistem ini di masa hadapan boleh berfungsi secara swapandu dan automatik tanpa perlu dikawal oleh manusia. Idea yang unik kerana lain daripada yang lain. Pengeluar pesawat seperti Boeing dan Airbus cuba menyelesaikan masalah penerbangan jarak pendek dengan membangunkan teknologi sel bahan api hidrogen.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd