Hari ini banyak kemaskini berlaku pada aplikasi pemesejan Meta iaitu WhatsApp. Pertama sekali secara rasminya pengguna boleh menggunakan satu akaun pada banyak telefon pintar dan kemudian WhatsApp sedang menguji ciri Status terus dikongsi ke Facebook secara automatik.
Terkini pada WhatsApp Beta untuk Android versi 2.23.9.15, ciri Semakan privasi telah disertakan.
Ciri ini sebenarnya adalah tetapan privasi yang sedia ada pada WhatsApp cuma kini pengguna boleh semak satu demi satu tetapan untuk memastikan tetapan yang patut telah diaktifkan agar lebih selamat dan informasi peribadi lebih terkawal.

Di dalam laman ini WhatsApp memberitahu semakan ini adalah untuk pengguna mengawal tetapan privasi dan pengguna boleh menyediakan WhatsApp seperti yang dimahukan. Antara yang idtawarkan adalah;
- Pilih orang yang boleh menghubungi anda.
- Kawalan kumpulan seperti siapa yang boleh menjemput anda ke kumpulan WhatsApp.
- Menyemak sekatan kenalan atau nombor yang tidak dikenali.
- Kawal informasi peribadi anda.
- Memilih orang yang boleh melihat gambar profil.
- Mengawal siapa yang boleh melihat kali terakhir anda di atas talian.
- Menghidupkan atau mematikan resit bacaan.
- Tambahkan privasi lanjut pada sembang anda.
- Menetapkan mesej menghilang.
- Melakukan sandaran yang disulitkan secara menyeluruh (hujung-ke-hujung).
- Tambahkan perlindungan lanjut pada akaun anda.
- Menambah kunci menggunakan imbasan cap jari.
- Mengaktifkan pengesahan dwi-faktor.
Buat masa ini ciri ini hanya dilihat pada WhatsApp beta untuk Android. Tidak pasti sama ada ciri ini akan ditawarkan juga untuk pengguna iOS ataupun tidak dan bilakah semakan privasi ini akan ditawarkan kepada semua.

Jika anda berminat untuk cuba menggunakannya gunakan WhatsApp beta yang anda boleh mat turun melalui pautan di bawah.
- Muat Turun
- Muat turun APK WhatsApp Beta di APKMirror
- Sumber
- WABetaInfo