Galaxy Z Fold 6 Dikatakan Akan Membawa Perubahan Pada Faktor Bentuk
Aman
Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon boleh lipat Galaxy Z Fold 5 dalam masa beberapa bulan lagi, dan kini desas-desus awal berkenaan dengan Galaxy Z Fold 6 yang akan hadir pada 2024 kelak telah mula kedengaran.
Ia dikatakan Galaxy Z Fold 5 akan membawakan rekaan lebih kurang sama seperti Galaxy Z Fold 4, tetapi penambah-baikkan pada beberapa spesikasi dan perkara lain.

Namun, Samsung dijangka membawa perubahan lebih besar pada Galaxy Z Fold 6 yang dijadualkan pada tahun 2024 kelak. Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya tidak diketahui lagi. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Samsung akan beralih kepada telefon lipat-tiga tidak lama lagi. Mungkinkah kita akan melihat implementasinya pada siri Galaxy Z Fold kelak?

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan bagaimanakah rekaan baharu telefon boleh-lipat Samsung kelak.