Alibaba Cloud kini mengumumkan mereka akan mengurangkan harga untuk produk dan perkhidmatan dibawah mereka sehingga 50%.
Dengan langkah ini, Alibaba Cloud dijangka akan terus menarik lebih ramai pengguna platform mereka, bukan sahaja di China tetapi juga di peringkat global.
Alibaba menyasarkan untuk mengurangkan harga perkhidmatan awanan berasaskan Arm dan Intel sehingga 20%, sementara perkhidmatan menggunakan GPU NVIDIA sehingga 47%.
Pengurangan harga ini hadir lanjutan daripada pengasingan kepada 6 perniagaan berbeza yang dilakukan oleh Alibaba baru-baru ini.