Carian
Twitter Kini Mengutamakan Paparan Tweet Daripada Akaun Yang Langgan Twitter Blue
April 26, 2023 Aman

Twitter dibawah Elon Musk nampaknya akan benar-benar memfokuskan kepada penawaran Twitter Blue dalam usaha menjana pendapatan kepada syarikat.

Terbaru, Elon Musk mengumumkan yang mana paparan Tweet daripada akaun-akaun yang disahkan – atau erti kata lain, yang melanggan Twitter Blue adalah lebih diutamakan.

Ini dilihat meliputi bukan sahaja pada balasan sesuatu Tweet, tetapi juga pada algoritma For You yang terdapat di Twitter.

Ini secara tidak langsung akan membawa kepada capaian paparan yang lebih tinggi dikalangan pengguna Twitter berbanding akaun biasa.

Perkara ini mungkin tidak digemari sejumlah pengguna, tetapi mungkin dibawah Elon Musk, kita perlu mengikut kepada peraturan yang ditetapkan beliau pada laman sosial yang dimilikinya.

Komen