Carian
Meta Kini Mempunyai 3.02 Bilion Pengguna Aktif Harian
April 27, 2023 Aman

Meta kini berkongsi perkembangan terbaru platform mereka, dan menyatakan penawaran aplikasi dan perkhidmatan mereka mempunyai 3.02 bilion pengguna aktif harian sehingga Mac 2023 kelak.

Pengguna aktif harian ini meliputi aplikasi Facebook, Instagram, Messenger dan juga WhatsApp.

Untuk Facebook sahaja, ia mempunyai 2.04 bilion pengguna aktif harian setakat Mac 2023 lepas.

Jikalau dilihat secara bulanan, keluarga aplikasi Meta mempunyai 3.81 bilion pengguna aktif, sementara Facebook sahaja mempunyai 2.99 bilion pengguna aktif bulanan.

Dengan peningkatan angka pengguna ini juga, Meta menyatakan paparan pengiklanan pada keluarga aplikasi mereka meningkat 26% jikalau dibandingkan dengan tahun lepas.

Komen