Carian
Panggilan Suara Selular Secara Terus Menggunakan Sistem Satelit Dilakukan Dengan Samsung Galaxy S22
April 27, 2023 Effi Saharudin

Apple dan Huawei menawarkan sistem perhubungan menggunakan satelit tahun lalu yang membenarkan penghantaran SMS dalam situasi kecemasan. Ini memerlukan peranti mempunyai cip dan modem khusus untuk berhubung dengan satelit di angkasa lepas. Semalam AST SpaceMobile dengan kerjasama AT&T mencatatkan sejarah selepas berjaya melakukan panggilan suara selular dua hala secara terus ke menggunakan satelit di angkasa lepas.

Panggilan suara dilakukan dari Texas di Amerika Syarikat ke Rakuten di Jepun menggunakan sebuah Samsung Galaxy S22 yang tidak diubahsuai. Ini dicapai menggunakan sambungan selular secara terus ke satelit BlueWalker 3 (BW3) milik AST SpaceMobile yang terletak di orbit bumi rendah. Sistem selular yang digunakan memerlukan menara telekomunikasi untuk menyambungkan panggilan suara ke satelit di angkasa lepas bagi melalukan panggilan rentas benua.

AST SpaceMobile berkata dengan teknologi mereka, 50% peratus pengguna yang tidak mempunyai capaian selular di seluruh dunia boleh melakukan panggilan suara berteknologi satelit menggunakan peranti sedia ada. Selain itu dalam ujian yang dilakukan, sistem yang sama turut boleh menyokong rangkaian internet jalur lebar 4G serta 5G.

Komen