Setelah menutup sejumlah perniagaan dibawah payung mereka, seperti DPReview, Book Depository dan beberapa ribu pekerja mereka, Amazon dilihat akan menutup satu lagi bahagian, iaitu bahagian kesihatan mereka, Halo.
Halo dikenali untuk peranti berhubung mereka yang memfokuskan terhadap kesihatan pengguna dengan produk-produk seperti penjejak kesihatan Halo Band, Halo View dan Halo Rise semuanya kini tidak lagi dijual di gedung atas talian Amazon.

Pihak Amazon mengesahkan perkara ini, dan walaupun produk-produk tersebut tidak lagi dijual, ia akan disokong sehingga 31 Julai 2023 ini. Jangka-masa ini akan diambil untuk Amazon menutup bahagian Halo ini, dan sejumlah pemecatan akan berlaku juga.
Amazon turut mengesahkan bahawa mereka yang membeli produk-produk Halo ini sepanjang 12 bulan yang lalu berhak untuk menerima bayaran balik untuk produk-produk mereka. Sebarang kredit ataupun langganan yang dibayar bersama produk-produk ini juga akan dikembalikan tanpa sebarang soalan.
Amazon dilihat terus menutup pelbagai perniagaan mereka yang dilihat tidak mendatangkan keuntungan untuk mereka, dan ia dijangka mereka akan menutup dan membuang lebih banyak pekerjaan lagi dalam masa terdekat ini.
- Sumber
- Amazon