AMD Radeon RX 7600 Akan Dilancarkan Pada Penghujung Bulan Mei
Nazrin
Pada penghujung tahun lepas, AMD telah melancarkan siri kad grafik terbaru mereka, AMD Radeon RX 7000 yang terdiri daripada RX 7900, RX 7800 dan RX 7700. Terkini, untuk mereka yang mahukan sebuah kad grafik kelas pertengahan daripada syarikat ini, anda nampaknya tidak perlu menunggu lama.
Moore’s Law is Dead, saluran YouTube teknologi yang meniriskan maklumat mengenai perkakasan komputer telah memperlihatkan tarikh pelancaran kad grafik ini dan mengatakan bahawa ianya akan dilancarkan pada 25 Mei 2023 ini.

Selain dari itu, AMD juga dijangka akan menghantar sampel kad grafik ini kepada pengulas pada 15 Mei, memberi mereka masa untuk mengeluarkan ulasan bersempena dengan pelancaran kad grafik tersebut.
Tidak banyak butiran yang diketahui mengenai AMD Radeon RX 7600 XT setakat ini, tetapi ia akan hadir dengan memori GDDR6 sebanyak 8GB dan hadir dengan kelajuan Boost Clock setinggi 2.6GHz dan penggunaan kuasa sekitar 175W.

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.