CelcomDigi Melanjutkan Penawaran Akses 5G Percuma Sehingga Penghujung Mei 2023
April 27, 2023
Telekomunikasi
Aman
CelcomDigi kini sekali lagi mengumumkan lanjutan penggunaan percuma untuk akses 5G bagi pengguna prabayar dan juga pascabayar. Melalui perkongsian terkini, Celcom dan Digi masing-masing akan lanjutkan penawaran akses 5G secara percuma sehingga 31 Mei 2023 kelak.

Dengan pengumuman ini, para pelanggan Digi Postpaid, Digi Prepaid NEXT, Celcom Mega Postpaid, Xpax Postpaid dan Xpax Prepaid akan dapat menikmati akses 5G secara percuma sehingga tarikh berkenaan.
Seperti biasa, anda perlu mengaktifkan pas 5G terlebih dahulu melalui aplikasi penyedia perkhidmatan masing-masing sebelum dapat menikmati akses kepada rangkaian 5G ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.