Cari @ Amanz

Pelancaran cip mercu terkini MediaTek Dimensity 9200+ disahkan akan berlangsung pada 10 Mei ini di di China. Ia adalah penamabahbaikan kepada cip Dimensity 9200 yang digunakan pada peranti seperti Vivo X90.

Cip belum dilancarkan secara rasmi tetapi iQOO Neo 8 Pro sudahpun disahkan menjadi peranti pertama menggunakannya selepas markah penanda arasnya tertiris ke arena web. Dimensity 9200+ akan mengekalkan konfigurasi lapan teras CPU dengan 1x teras Cortex X3, 3x teras Cortex A715 dan 4x teras Cortex A510 yang dipadankan dengan GPU Immortalis G715 MC11. Ia akan bersaing dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang kini menjadi cip pilihan untuk peranti mercu Android 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd