Cari @ Amanz

Qualcomm baru-baru ini telah memperkenalkan Snapdragon Game Super Resolution (GSR) untuk digunakan pada telefon pintar atau peranti realiti-gabungan (XR). Ciri ini turut tidak terhad kepada cip baharu seperti Snapdragon 8 Gen 2 kerana akan ditawarkan juga kepada cip-cip mereka yang lain.

Ciri ini membolehkan permua melalui proses upscaling atau peningkatan resolusi permua dari 1080p ke 4K dan dari 30FPS ke 60FPS. GSR dikatakan menggunakan kaedah single pass upscaling yang ditujukan kepada GPU Adreno.

Ciri ini akan membantu bateri peranti bertahan lebih lama dengan permua asal berjalan pada resolusi rendah dengan GSR akan menjadikan grafik nampak lebih berkualiti. Melaluinya prestasi permua juga boleh meningkat mencapai sehingga dua kali ganda.

Ciri ini akan dilancarkan tidak lama lagi dengan Qualcomm bekerjasama dengan Call of Duty Warzone Mobile, Jade Dynasty: New Fantasy, dan Farming Simulator 23 Mobile. Ini bermakna jika permua lain ingin memanfaatkan teknologi ini mereka perlu mengemaskini permua mereka dengan menambah kod ciri GSR.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd