Cari @ Amanz

HP Malaysia kini menawarkan rangkaian mesin pencetak pintar baharu untuk memenuhi keperluan pekerja hibrid di rumah dan pejabat. Sebanyak empat produk yang disediakan iaitu HP Smart Tank 520, HP Smart Tank 580, HP LaserJet Managed E700 dan HP LaserJet Managed E800.

Bermula dengan HP Smart Tank 520 dan Smart Tank 580, kedua-duanya direka khusus buat perniagaan yang berskala kecil atau pengguna di rumah. Ia dilengkapi dengan tangki dakwat serba baharu yang mampu mencetak sehingga 6000 muka surat, sama ada hitam putih atau berwarna.

Ia juga menyediakan butang panduan pintar yang memudahkan proses cetakan, imbasan, salinan dan faks. Bukan itu sahaja, HP Smart Tank 520 dan Smart Tank 580 juga mampu membuat cetakan secara automatik dengan hanya menekan butang salinan ID yang disediakan. Di samping turut dilengkapi sokongan WiFi untuk sambungan lebih pantas.

Seterusnya HP LaserJet Managed E700 dan LaserJet Managed E800 pula memfokuskan terhadap jenis peniagaan yang besar. Kedua-duanya dilengkapi teknologi canggih yang mampu menyelesaikan isu cetakan kertas bertindih dan tersekat bagi membolehkan kerja lebih lancar. Ia juga mempunyai kelajuan cetakan mencapai 700ppm dan imbasan 300ppm yang dikuasai oleh cip pemproses khusus HP.

Harga jualan produk-produk ini adalah bermula RM419 untuk HP Smart Tank 520, sementara itu RM569 pula untuk HP Smart Tank 580. Dalam masa sama, HP LaserJet Managed E700 dan LaserJet Managed E800 juga dikatakan telah tersedia di Malaysia tanpa harga jualan khusus yang dinyatakan setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd