Cari @ Amanz

Industri telefon pintar masih belum pulih daripada impak pandemik pada Q1 2023. Menurut laporan terkini IDC, pengeluaran telefon pintar turun 14.6% pada suku lalu berbanding suku yang sama 2022. Sebanyak 268.6 juta telefon dikeluarkan dalam tempoh ini berbanding 314.5 juta pada suku sama tahun lalu.

Samsung masih memegang pasaran terbesar dengan 22.5% diikuti oleh Apple (20.5%), Xiaomi (11.4%), Oppo (10.2%) dan Vivo (7.6%). Xiaomi paling teruk terjejas dengan pengurangan 23.5% diikuti oleh Samsung dengan 18.9%. Apple paling tidak terjejas teruk kerana pengurangan hanya 2.3%. Pasaran telefon dijangka akan terus mencatatkan pengurangan tahun ini kerana faktor ekonomi serta harga peranti yang semakin meningkat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd