Setiap hari ada sahaja ciri baharu yang diperkenalkan oleh Elon Musk bagi mengubah Twitter. Hari ini Twitter mula menghalang fungsi carian daripada pengguna yang tidak berdaftar. Tanpa akaun, apabila pengguna cuba melakukan carian, skin log masuk atau membuka akaun baharu akan dipaparkan pada skrin.

Ini ialah langkah yang sama dilakukan oleh Facebook untuk membaca sesetengah kandungan pada platform mereka. Ia boleh dilihat sebagai cara untuk memaksa pengguna mendaftar seterusnya meningkat jumlah pengguna platform yang lebih kecil berbanding Facebook dan Instagram.