Cari @ Amanz

Sejak sedekad lalu di Amanz kami mengikuti perkembangan senjata laser yang dibangunkan Amerika Syarikat dan Israel. Bermula sebagai eksperimen seakan siri animasi G I Joe, sistem penangkis misil dan mortar kini digunakan Israel untuk mempertahankan sempadan mereka. Tetapi di Jepun teknologi tembakan laser telah digunakan pada skala lebih kecil untuk membunuh serangga perosak.

Sistem laser penghapus serangga ini dibangunkan Institute of Laser Engineering, Universiti Osaka untuk menghapuskan Spodoptera litula yang merupakan rama-rama yang menghapuskan tanaman. Ia boleh dihapuskan secara automatik apabila dikesan oleh sistem laser ini. Menurut pembangun, sistem laser ini dijangka dapat dikomersialkan menjelang 2025.

Agak melampau menggunakan laser untuk sekadar menghapuskan serangga perosak. Tetapi ini mungkin sekadar batu loncatan sebelum ini boleh digunakan sebagai senjata pemusnah makhluk asing seperti dalam siri Ultraman, tokusatsu dan anime.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd