Cari @ Amanz

Khazanah Nasional Berhad sering melabur pada pelbagai syarikat dan startup. Terbaru, Khazanah telah pun melabur pada salah satu syarikat logisitik di India, iaitu Xpressbees.

Khazanah melakukan pelaburan ini dengan membeli pegangan daripada pelabur terawal syarikat berkenaan, pada nilai $40 juta.

Xpressbees telah ditubuhkan pada 2015 yang lepas, dan mempunyai lebih 100 hab di India, beroperasi di lebih 5000 bandar utama di India. Setiap hari, Xpressbees membuat lebih 2 juta penghantaran kepada penerima.

Xpressbees merupakan salah satu syarikat unikorn dari India, yang dinilaikan sekitar $1.2 bilion. Selain Khazanah, beberapa syarikat lain turut melabur pada Xpressbees ini, termasuk Alibaba Group.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd