Windows 10 22H2 Merupakan Kemaskini Terakhir Windows 10 – Disokong Sehingga Oktober 2025
Aman
Microsoft kini mengemaskini halaman sokongan untuk Windows 10, dan menyatakan sokongan untuknya akan berakhir pada Oktober 2025 kelak.
Selari dengannya juga, Microsoft mengatakan Windows 10 22H2 merupakan kemaskini terakhir untuk sistem operasi Windows 10. Pengguna akan diminta beralih ke versi sistem operasi terkini selepas tempoh berkenaan.
Windows 10 sebelum ini telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dan Microsoft menyokongnya selama sepuluh tahun. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Microsoft akan menawarkan sokongan lanjutan untuk sistem operasi berkenaan atau sebaliknya.
Kemaskini sekuriti akan terus diterima secara bulanan untuk Windows 10 sehingga 14 Oktober 2025 kelak.
Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, versi terkini yang disediakan adalah Windows 11, dan terdapat desas-desus mengatakan Windows 12 akan hadir seawal tahun hadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.