Carian
Twitter Akan Membolehkan Penerbit Kandungan Mengambil Bayaran Mengikut Bacaan Per Artikel
April 30, 2023 Aman

Elon Musk kini berkongsi mengatakan media sosial Twitter kelak akan membolehkan penerbit kandungan terutamanya syarikat media untuk mengenakan kepada pengguna berasaskan kepada per artikel.

Ciri ini akan diperkenalkan pada bulan Mei 2023 kelak. Ia dijangka menjadi alternatif kepada penawaran langganan bulanan mengikut akaun yang sedia diperkenalkan berperingkat pada platform berkenaan.

Elon Musk menyatakan pengguna yang tidak melanggan secara bulanan kepada sesuatu akaun atau profil, kini boleh turut membaca sesuatu artikel dengan membayar untuk setiap artikel secara berasingan.

Langkah ini dikatakan akan membantu serta memberikan lebih pilihan kepada syarikat media dan juga penerbit kandungan dalam menjana pendapatan menggunakan platform Twitter.

Komen