Cari @ Amanz

MyRailtime merupakan salah satu aplikasi yang berkongsi masa ketibaan untuk beberapa perkhidmatan keretapi, termasuk KTM Komuter, KTM Komuter Northern, Skypark Link, ETS dan juga Intercity. Ia disediakan pihak KTMB dalam memudahkan perancangan perjalanan para pengguna dan mengetahui masa ketibaan atau kelewatan yang dihadapi sesuatu perkhidmatan keretapi dibawah KTMB.

Apa pun, bermula 2 Mei 2023 kelak, pengguna aplikasi MyRailtime diminta beralih ke aplikasi KTM Mobile.

Ciri melihat waktu ketibaan dan sebagainya seperti MyRailtime akan diintegrasikan dalam aplikasi KTMB Mobile. Pada masa yang sama, aplikasi tersebut turut boleh digunakan untuk membuat pembelian tiket dan beberapa perkhidmatan KTM lain.

Bagi anda yang menggunakan aplikasi MyRailtime, anda boleh memuat-turun aplikasi KTMB Mobile untuk bersedia untuk peralihan ini di Android dan iPhone hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd