Sistem Operasi Android Akan Mengasingkan Kawalan Untuk Bunyi Notifikasi
May 2, 2023
Google
Aman

Google melalui versi pembangunan terbaru sistem operasi Android, memperlihatkan yang mana mereka akan mengasingkan kawalan bunyi untuk notifikasi pada peranti dengan mudah.
Untuk makluman, sehingga kini, kawalan bunyi untuk notifikasi disertakan bersama kawalan untuk nada dering. Ini sekaligus membuatkan bunyi notifikasi turut senyap sekiranya nada dering disenyapkan.
Dengan langkah pengasingan ini, ia akan memberikan lebih kebebasan kepada pengguna dalam mengawal bagaimana bunyi pada telefon mereka beroperasi.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada ciri ini akan disertakan pada Android 13 QPR3, atau pada sistem operasi Android 14 akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.