Sony Xperia 1 Mark V akan dilancarkan pada 11 Mei ini. Sebelum pelancaran rasmi, rekaan peranti mercu dengan sistem kamera yang juga mercu ini telah tertiris menerusi papan iklan di Hong Kong. Berdasarkan imej di bawah, sistem kamera pada Mark V telah diubah kepada lensa tri-kamera yang nampaknya tidak lagi dilengkapi kamera 3D ToF.

Rekaan tubuh peranti masih lagi sama seperti Mark IV dengan sisi berkotak serta tubuh dengan nisbah skrin yang lebih tinggi berbanding telefon pintar lain di pasaran. Penawaran warna pula ialah hitam, putih dan hijau. Warna ungu nampaknya tidak akan lagi ditawarkan. Sekali lagi sensor 1″ Sony IMX989 akan disertakan bagi memberikan prestasi fotografi yang baik.
Masih belum diketahui sama ada model Xperia Pro akan dilancarkan tahun ini. Dua model sebelum ini tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia.
- Sumber