Carian
Tentera A.S Membangunkan Peranti Boleh Pakai Untuk Mengesan Penyakit Lebih Awal
May 2, 2023 Effi Saharudin

Dalam sejarah peperangan, kesihatan anggota tentera diberikan keutamaan bagi memastikan mereka boleh melakukan misi pada tahap optimum. Kecederaan yang kecil bukan sahaja akan melambatkan anggota secara peribadi tetapi menyebabkan keberkesanan unit berkurangan. Bagi membantu pengesanan penyakit lebih awal, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) membangun projek Rapid Assessment of Threat Exposure (RATE).

RATE ialah peranti boleh-pakai yang boleh mengesan pelbagai jenis penyakit lebih awal menerusi bacaan biometri tubuh pemakai. Algoritma membaca data bacaan nadi, suhu dan pelbagai lagi input untuk meramal tahap kesihatan pemakai. Projek dibangunkan sejak Ogos 2020 untuk mengesan Covid-19 lebih awal dengan jayanya.

Ia kini diberikan dana tambahan $10 juta bagi mengumpul lebih banyak data dan memberikan 4500 peranti boleh pakai kepada anggota Tentera Udara (USAF). Peranti boleh-pakai RATE berjaya mengesan penyakit berjangkit seperti Covid-19 sehingga 2.3 hari lebih awal. Pelan jangka panjang RATE ialah ia boleh digunakan pada pelbagai peranti boleh-pakai tetapi dalam peringkat ujian jam tangan pintar Garmin dan cincin pintar digunakan.

Komen