Di Google I/O minggu depan, Google Pixel Fold dan 7a akan dilancarkan. Peranti siri A yang dilancarkan oleh Google menjadi pilihan orang ramai kerana ia dijual pada harga lebih mampu milik tetapi masih menawarkan prestasi kamera yang mantap untuk harganya. Tetapi kini kedengaran ura-ura Pixel 7a akan menjadi peranti terakhir untuk siri ini.
Tindakan diambil kerana dengan wujudnya siri Pixel Fold, jumlah telefon pintar yang akan dikeluarkan Google setiap tahun perlu dikurangkan. Dua peranti mercu dengan model biasa dan Pro serta satu peranti skrin boleh-lipat sahaja ditawarkan selepas ini. Tindakan yang tidak mengejutkan kerana mirip strategi Apple. Mereka yang mencari peranti Pixel mampu milik boleh membeli model tahun sebelumnya.
Di Malaysia jika ditamatkan sekalipun ia tidak meninggalkan impak kepada pengguna memandangkan peranti Pixel tidak pernah dijual secara rasmi.