Cari @ Amanz

Siri Huawei Nova 11 telah dilancarkan sebelum ini dengan tiga variasi model. Ianya terdiri dengan Huawei Nova 11, Nova 11 Pro dan Nova 11 Pro+ yang mana kesemuanya sekadar menyokong 4G. Bukan itu sahaja sebahagian besar teknologi, spesifikasi dan rekaan yang digunakan juga dilihat sama.

Terbaharu Huawei Nova 11i pula diumumkan yang masih mengekalkan sokongan rangkaian 4G. Ini dipadankan pula dengan skrin LCD sebesar 6.8-inci FHD+ serta kadar segar semula 90Hz. Cip Snapdragon 680 digunakan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Sistem dwi-kamera utama yang disertakan terdiri dengan 48MP + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 16MP.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh, sistem pengecasan berwayar 40W, port USB-C, menjalankan EMUI 13 serta pengimbas cap jari sisi. Peranti disediakan dalam beberapa pilihan warna seperti Starry Black dan Mint Green. Namun tiada harga jualan rasmi yang didedahkan buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd