Komputer riba ASUS Zenbook S 13 OLED sudah boleh dipratempah hari ini. Bagi mereka yang inginkan barangan percuma, ASUS Malaysia memberikan sebuah ZenScreen 15.6″ FHD (bernilai RM1099) dengan setiap pratempahan model Asus Zenbook S 13 OLED (Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD) yang dijual pada harga RM5999 sebuah. Tawaran terhad untuk 20 pratempahan pertama sahaja.

Komputer riba OLED paling ringan di pasaran Malaysia setakat ini hadir dengan skrin 13.3″ OLED ASUS Lumina dengan resolusi 1800×2880 pixel. Ia bernisbah 16:10 yang optimum untuk kerja dan turut mencapai keterangan 550 nits yang melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 500.
Terdapat pilihan cip sehingga Intel Core i7-1355U, memori 16GB LPDDR5 RAM, storan sehingga 1TB PCIe Gen 4 SSD dan bateri 63Wh yang menyokong pengecasan 65W. Hayat bateri sehingga 14 jam boleh dicapai dengan sekali caj.
Pilihan I/O adalah 2x USB-C Thunderbolt 4, 1x USB-A 3.2, 1x HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5mm. Kamera web 1080p yang disertakan turut menyokong sistem imbasan IR Windows Hello. Sistem audio Harman Kardon yang digunakan turut menyokong Dolby Atmos. Sambungan internet pantas turut boleh dinikmati dengan sokongan WiFi 6E.
Dua model Asus Zenbook S 13 OLED akan ditawarkan di Malaysia pada harga di bawah
- Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i5-1335U, 16GB RAM, 512GB SSD – RM4999
- Asus Zenbook S 13 OLED Intel Core i7-1355U, 16GB RAM, 1TB SSD – RM5999
- Sumber
- ASUS