Carian
Nikmati Pulangan Tunai Dan Baucar Diskaun Istimewa Sempena Jualan Lazada 5.5
May 2, 2023 Amy Maizuraa

Tidak dinafikan setiap kali tibanya musim jualan murah, ramai diantara kita yang akan mengambil peluang untuk membeli barangan dengan harga runtuh. Fenomena ini tidak mengenal jantina dan usia, malahan sebilangan besar masyarakat memang gemar untuk berbelanja dengan alasan kebanyakan kedai akan menyediakan diskaun istimewa beserta pelbagai hadiah sampingan lain.

Sehubungan itu, Lazada kini kembali dengan kempen jualan murah yang menjadi tumpuan ramai. Pelbagai baucar diskaun, pulangan tunai dan penghantaran percuma yang disediakan buat orang ramai bertujuan menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian kini lebih lancar dan menyeronokkan.

Jualan ini dijadualkan berlangsung pada 5 hingga 9 Mei akan datang, namun orang ramai digalakkan untuk menambah barangan ke troli lebih awal diantara tarikh 1 hingga 4 Mei bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan.

Sepanjang festival jualan hebat tersebut berlangsung, orang ramai boleh menikmati baucar dan diskaun istimewa sehingga 50% bagi ketegori barangan berbeza. Antaranya seperti kelengkapan rumah (6 Mei), elektronik (7 Mei), fesyen (8 Mei) dan barangan runcit (9 Mei). Bertambah menarik apabila diskaun sehingga 90% turut ditawarkan menerusi segmen LazFlash.

Jika mahukan lebih penjimatan, orang ramai juga boleh mengumpul sebanyak mungkin baucar penjimatan seperti LazBonus dan Lazcoins. Dalam masa sama, pulangan tunai sehingga 50% turut diberikan bagi pilihan produk yang mempunyai tanda “Everyday Cashback”.

LazBonus boleh dikumpul setiap hari sepanjang kempen berlangsung dengan potongan RM9 bagi setiap pembelian bernilai RM90. Sementara itu, LazCoins pula boleh digunakan sebagai pulangan tunai dan sehingga 550 LazCoins disediakan dengan pembelian minimum RM50.

Tidak kurang menariknya lagi, orang ramai turut boleh mengumpul baucar penghantaran percuma dengan hanya klik pada ikon ‘Free Shipping‘. Diskaun sebanyak RM5 diberikan dengan pembelian minimum RM30, diskaun RM8 dengan pembelian RM60 dan RM15 pula untuk minimum RM80.

Selanjutnya, Lazada juga menyediakan baucar digital serendah RM10 dan diskaun sehingga 80% untuk produk gaya hidup menarik. Antaranya seperti tiket taman tema, makanan dan minimum, rawatan spa dan sebagainya. Selain itu orang ramai juga boleh mencari pelbagai produk luar negara pada harga berbaloi serendah RM5.50 menerusi LazGlobal.

Seperti biasa untuk malumat lanjut boleh layari laman rasmi Lazada Malaysia di TikTok, Instagram, Facebook, Twitter dan YouTube. Atau lebih mudah muat-turun aplikasi Lazada Malaysia secara percuma menerusi Google PlayStore atau AppStore.

Komen