Tecno telah memperkenalkan peranti boleh lipat pertama sebelum ini dalam usaha terus meluaskan pengembangan portfolio keluarannya. Dinamakan sebagai Tecno Phantom V Fold, peranti ini akan mula ditawarkan di Malaysia pada minggu ini. Tiada tarikh pelancaran khusus yang didedahkan, namun semakan kami menerusi laman Shopee rasmi Tecno memperlihatkan peranti akan dipasarkan bermula 4 Mei akan datang.

Selajutnya spesifikasi penuh pula telah disenaraikan menerusi laman web rasmi dengan butiran yang sepenuhnya sama dengan versi Global sebelum ini. Ia mempunyai skrin utama sejenis rata bersaiz 7.85-inci, sementara itu skrin sekunder melengkung pula sebesar 6.42-inci. Kedua-dua skrin ini dilengkapi panel AMOLED dan kadar segar semula 120Hz.
Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9000+, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB terbina. Peranti juga dilengkapi dengan kemera utama 50MP, disamping kapasiti bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 45W.


Namun apa yang menjadi tanda-tanya adalah masih tidak diketahui harga jualan rasmi peranti. Seperti biasa sama-sama kita nantikan dan kami di Amanz akan berkongsi lanjut menerusi artikel yang akan datang.
- Sumber
- Tecno Malaysia