Sesiapa yang membesar di dekad 90an pasti pernah bermain dengan Tamagotchi iaitu haiwan peliharaan digital dalam peranti elektronik berbentuk telur. Demam Tamagotchi tidak sehangat 30 tahun yang lalu tetapi masih terdapat peminat tegar yang masih mengumpul Tamagotchi moden. Untuk menarik minat pengguna baharu, Harry Potter Tamagotchi Nano dilancarkan dengan kerjasama Warner Bros.

Tamagotchi ini mempunyai 11 haiwan magis dari dunia Fantastic Beast. Pemain tidak boleh memilih haiwan yang dibela kerana ia akan diberikan secara rawak oleh peranti. Seperti Tamagotchi klasik, pemilik perlu menjaga haiwan magis digital ini bagi memastikan ianya hidup. Selain itu terdapat empat permainan mini Catch Gold, Deliver of Letter, Fly Hippogriff, dan Picking a Lock.

Permainan ditawarkan dalam dua rekaan unik satu bertemakan Hogworts Castle dan satu lagi ialah Magical Creatures. Selain membesarkan haiwan digital, pemilik juga boleh menerima lawatan daripada watak terkemuka Harry Potter, Ron Weasley, Hermoine Granger, Newt Scamander dan banyak lagi. Harry Potter Tamagotchi Nano akan mula dijual pada Jun ini pada harga $20 (~RM89) sebuah.
- Sumber
- Tamagotchi