CIMB Menamatkan Sokongan Tambah-Nilai Kad TNG Melalui ATM
Aman
CIMB kini mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan untuk tambah-nilai kad Touch n Go melalui mesin ATM, berkuatkuasa hari ini, 2 Mei 2023. Pihak CIMB menyatakan pengguna boleh menyemak laman Touch n Go untuk mengetahui lokasi tambah-nilai terdekat.
Sebab disebaliknya tidak dinyatakan. Dengan langakh ini, pengguna perlu mencari alternatif lain dalam menambah-nilai kad TNG mereka, sekiranya sebelum ini sering melakukan tambah-nilai melalui mesin ATM CIMB.

Sebelum ini juga, pihak TNG telah memperkenalkan sokongan tambah-nilai kad TNG NFC melalui aplikasi TNG eWallet, tetapi ia memerlukan pengguna menggunakan sebuah kad TNG edisi terkini yang dilengkapi sokongan NFC.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.