Cari @ Amanz

Microsoft kini telah mula memaklumkan para pengguna tempatan berkenaan dengan peningkatan harga langganan untuk Microsoft 365 bermula bulan Jun kelak.

Mengikut emel yang dihantar, Microsoft 365 Family yang berharga RM289 setahun kini, akan ditingkatkan kepada harga RM359 setahun bermula 1 Jun kelak.

Microsoft menyatakan peningkatan ini adalah selari dengan perubahan pada keadaan pasaran akhir-akhir ini.

Untuk makluman, Microsoft sebelum ini sedia menawarkan Microsoft 365 Family pada harga RM359 setahun, selain Microsoft 365 Personal pada harga RM269 setahun. Namun, harga tersebut dikurangkan sebelum ini, masing-masing kepada RM289 setahun dan RM219 setahun. Perubahan pada harga langganan bulanan masih tidak diketahui lagi. Pada hari ini, Microsoft 365 ditawarkan pada harga RM29 sebulan untuk pakej Family, dan RM22 sebulan untuk Personal.

Dengan perubahan baharu ini, harga langgana untuk Microsoft 365 akan meningkat kembali seperti beberapa tahun sebelum ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd