Cari @ Amanz

CEO IBM kini menyatakan syarikat IBM akan berhenti mengambil pekerja untuk tugas-tugas atau jawatan yang boleh digantikan dengan penggunaan kecerdasan buatan. Langkah ini akan dilaksanakan berperingkat pada tahun-tahun akan datang.

Tugasan yang dijangka akan terkesan adalah tugasan melibatkan pengurusan serta operasi pejabat – seperti untuk bahagian sumber manusia.

IBM pada hari ini mempunyai sekitar 26,000 pekerja yang tidak menghadap kepada pelanggan, dan CEO IBM menyasarkan sekitar 30% daripada jawatan berkenaan akan digantikan oleh AI serta automasi dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Langkah dan perkongsian IBM ini dilihat sebagai antara permulaan sebelum automasi dan penggantian dilakukan organisasi dan firma lain.

Pada hari ini sendiri, melalui penggunaan penawaran seperti ChatGPT dan lain-lain, tugasan seperti untuk menulis surat, bantuan khidmat pelanggan, serta beberapa tugasan lain dapat dilakukan dengan pantas serta juga dilaksanakan secara automatik.

Sejak permulaan tahun 2023 juga, sejumlah syarikat teknologi telah membuang sebahagian pekerja di syarikat – terutamanya melibatkan bahagian pengurusan tengah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd