Cari @ Amanz

Semalam spesifikasi lengkap Google Pixel Fold telah tertiris beberapa hari sebelum pelancaran secara rasmi pada 10 Mei di Google I/O. Hari ini spesifikasi Google Pixel 7a pula tertiris selepas kesemua dokumen promosi untuk telefon mampu milik ini tertiris ke arena web menerusi Roland Quandt.

Peranti dilengkapi skrin 6.1″ AMOLED FHD+ 90Hz, dijana cip Tensor G2, dan bateri yang menyokong pengecasan 18W. Tiada maklumat mengenai saiz RAM, storan dan kapasiti bateri setakat ini. Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 64MP dan lensa ultra sudut lebar 13MP. Di hadapan pula terdapat kamera 13MP.

Peranti turut mempunyai sokongan pengecasan nirwayar yang tidak diberikan pada Pixel 6a tahun lalu. Walaupun dijual sebagai peranti lebih mampu milik, pemproses yang digunakan 7a adalah sama dengan Pixel 7. Maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd