Google Photos sudah pun menjadi aplikasi kegemaran saya gunakan untuk menyimpan semua gambar dan video saya. Bukan sahaja kerana perkhidmatan Google One yang bagus, tetapi kerana ciri dan fungsi yang Google tawarkan. Contohnya ciri carian yang bagus.
Saya boleh cari gambar berdasarkan lokasi, masa, nama orang atau jika ingin lebih spesifik saya boleh cari nama minuman, objek yang ada dalam gambar atau suasana sesuatu lokasi. Jika anda rasakan ciri carian ini tidak cukup hebat, Google sedang menguji ciri carian baharu yang lebih berkuasa dan kompleks.

Google Photos di web kini membenarkan sesetengah pengguna mencari dengan kata kunci idea. Misalnya “colorful sunset“, “peaceful garden“, atau jika ada gambar yang mungkin mempunyai tema sama dengan watak terkenal cari sahaja “cinderella“.

Bukan itu sahaja, Google turut membenarkan pengguna mencari individu tertentu dengan butiran lebih jelas. Misalnya “Fahim, beach sunset” akan mencari gambar-gambar saya di suasana pantai ketika senja. Buat masa ini ciri ini masih dalam peringkat ujian dan belum diedarkan kepada semua.
Ini adalah antara ciri yang saya sendiri tidak sabar untuk menggunakannya kerana memudahkan lagi saya mencari gambar yang spesifik tanpa perlu mencipta album dan susun gambar satu demi satu.
- Sumber
- 9to5Google