Cari @ Amanz

Apabila tiba di lapangan terbang, menjadi kelaziman melakukan proses daftar masuk bagi pengesahan identiti dan meletakkan bagasi di ruang kargo pesawat. Proses in mengambil masa yang lama menyebabkan penumpang disarankan tiba awal sebelum waktu berlepas. Emirates memperkenalkan robot swapandu yang diberi nama Sara untuk memudahkan proses pendafataran masuk penumpang di Dubai.

Sara ialah robot yang bergerak secara automatik. Ia membenarkan penumpang melakukan proses daftar masuk untuk penerbangan sehingga 24 jam lebih awal atau selewat-lewatnya 4 jam sebelum berlepas di Dubai International Financial Centre (DIFC). Bagasi juga boleh diserahkan 24 jam lebih awal. Penumpang kemudian hanya perlu membawa diri sahaja setibanya di lapangan terbang kerana proses pendaftaran telah dilakukan lebih awal.

Selain pendaftaran, Sara juga boleh digunakan untuk melakukan pembelian tiket atau membeli belah barangan yang diperlukan sebelum tiba ke lapangan terbang. Sara sudah beroperasi sejak 27 April menjadikannya sistem pendaftaran penumpang pertama menggunakan robot swapandu di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd