Twitter mengenakan bayaran mencecah $50,000 sebulan untuk mengakses API yang dahulunya diberikan akses secara percuma kepada mereka yang memerlukan. API ini adalah perlu untuk akaun bot dan juga perkhidmatan penting seperti maklumat gangguan perkhidmatan pengangkutan awam misalnya. Sejak bayaran dikenakan, beberapa agensi kerajaan dan pengangkutan awam mengumumkan akaun Twitter mereka tidak lagi akan beroperasi.
Kritikan yang dilontar kepada Twitter dan Elon Musk sejak beberapa bulan kebelakangan ini mengenai polisi API nampaknya mendatangkan hasil. Twitter memalukan pusingan U ke atas akses API percuma mereka hari ini. Akaun utiliti untuk pengangkutan awam, badan kerajaan, perkhidmatan amaran cuaca dan kecemasan dikecualikan daripada membayar untuk mengakses API Twitter.
Ini bukan kali pertama polis Twitter diubah secara mendadak selepas dikritik. Label pada media yang dikatakan menerima dana kerajaan telah dibuang sepenuhnya selepas NPR dan BBC mengkritiknya. Terdapat terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh Elon Musk sejak mengambil alih Twitter. Tindakan melulu tanpa berfikir menyebabkan Jack Dorsey berkata sejak dijual hala tuju Twitter adalah menyimpang daripada harapan beliau dalam status yang dimuat naik di laman Bluesky beliau.