Cari @ Amanz

Motorola kini memperluaskan lagi portfolio produk keluarannya menerusi Edge Plus (2023). Peranti pintar ini hadir dengan spesifikasi kelas mercu yang dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama gabungan memori 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Ini dipadankan pula dengan skrin besar 6.7-inci OLED FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 165Hz. Ia juga memuatkan sistem tri-kamera utama 50MP + 50MP (ultra-lebar) + 12MP (telefoto), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 60MP. Kamera peranti ini juga disertakan kemampuan merakam video maksimum 8K/30fps.

Bateri sebesar 5,100mAh juga disertakan dengan kemampuan sistem pengecasan pantas 68W dan nirwayar 15W. Selanjutnya turut melepasi penarafan kalis air IP68 yang amat berguna sebagai pelindungan tambahan.

Peranti ditawarkan pada harga jualan $799.99 (~RM3,566) dan ketersediaan bermula bulan ini. Namun begitu tiada maklumat lanjut pula mengenai penawarannya di pasaran Malaysia diketahui buat mana ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd