Cari @ Amanz

Mengikut perkiraan semasa sebanyak empat fon telinga nirwayar daripada OnePlus yang ditawarkan di Malaysia. Ianya terdiri dengan OnePlus Nord Buds 2 (RM329), OnePlus Buds Pro 2 (RM869), OnePlus Buds Z2 (RM599) dan OnePlus Nord Buds (RM299).

Gambar sekadar rujukan : OnePlus Buds 2

Terbaharu sepasang lagi fon telinga daripada jenama ini telah ditemui menerusi laman SIRIM. Dikenali sebagai OnePlus Nord Buds 2R, ia dilihat tersenarai dengan keterangan model E510A yang didaftarkan oleh Oropac Malaysia Sdn. Bhd pada 2 Mei yang lalu.

Menjadi kelaziman apabila mana-mana produk yang sudah memasuki pangkalan data ini menunjukkan bayangan bahawa pelancarannya di Malaysia semakin hampir. Cuma yang menjadi persoalan hanyalah bilakah ia bakal ditawarkan secara rasmi masih tidak diketahui.

Untuk makluman juga, spesifikasi dalamannya juga masih tidak diketahui memandangkan ia belum dilancarkan di mana-mana pasaran. Bagaimanapun besar kemungkinan ia boleh menjadi variasi asas untuk OnePlus Buds 2 tanpa perubahan yang ketara untuk aspek reka bentuk.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd