Cari @ Amanz

Menteri Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80% liputan dikawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023.


Manakala peralihan ke dwi-rangkaian akan dilaksanakan selepas itu, berpandukan kepada syarat-syarat yang selari diperingkat global. Kompisisi pihak penyedia perkhidmatan dalam Entiti A dan Entiti B (apabila peralihan ke dwi-rangkaian) akan diputuskan kelak.

Menteri menyatakan, keputusan ini dibuat dengan anjakan fokus kepada elemen penerimagunaan dan inovasi berasaskan teknologi 5G. Kerajaan menyasarkan Entiti B akan mula membina rangkaian 5G kedua seawal Januari 2024 kelak.

Langkah ini juga dijangka mengatasi kerisauan berkenaan monopoli DNB yang dinyatakan ramai sebelum ini. Kini, kerajaan memfokuskan kepada pencapaian 80% kawasan liputan 5G menjelang penghujung 2023 ini.

Kerajaan turut akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan DNB serta pihak penyedia perkhidmatan bagi memastikan peralihan kepada model dwirangkaian berjalan lancar tanpa menjejaskan kepentingan rakyat dan keyakinan pelabur.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd