Cari @ Amanz

Kandungan video pendek menegak kini menjadi trend untuk semua platform media sosial. Ciri yang dipopularkan oleh TikTok ini kini boleh digunakan pada Videos for you di Twitter, Shorts di YouTube atau Reels di Instagram dan Facebook.

Baru-baru ini Mark Zuckerberg mengumumkan ciri baharu pada Reels untuk Facebook. Pertama sekali tab Watch kini mempunyai kategori Reels. Kemudian pada setiap video Reels di butang tiga titik untuk tetapan dan pilihan ada Tunjukkan lagi dan Tunjukkan kurang atau (Show more dan Show less). Ia adalah ciri untuk pengguna pilih kekerapan tema kandungan yang muncul pada Reels.

Apabila pengguna tekan Tunjukkan lagi Meta akan lebih banyak mencadangkan video yang lebih kurang sama. Sementara menekan Tunjukkan kurang akan membuatkan Meta elak mencadangkan video yang tidak disukai pengguna.

Penggunaan Reels di Facebook dan Instagram juga baru-baru ini semakin meningkat dengan sokongan video 90 saat serta lebih banyak alatan untuk menyunting video. Adalah ini ciri penting untuk anda atau anda setia pada YouTube Shorts atau TikTok?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd