Kontrak MyEG Sebagai Penyedia E-Kerajaan Dilanjutkan Untuk 3 Tahun – Tetapi Tidak Lagi Eksklusif
May 3, 2023
Lain-lain
Aman
Bersama pengumuman berkaitan kebolehan memperbaharui lesen memandu sehingga 10 tahun, kini Menteri Pengangkutan turut berkongsi menyatakan kontrak MyEG untuk perkhidmatan berkaitan JPJ akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun.
Ia turut ditekankan yang mana kontrak ini tidak lagi eksklusif, dan kerajaan bersedia mempertimbangkan sekiranya terdapat penyedia e-kerajaan lain yang ingin membuat permohonan dalam penawaran perkhidmatan lebih kurang sama.
Dengan langkah ini, kita mungkin melihat lebih ramai penyedia pelbagai yang menawarkan perkhidmatan lebih kurang sama – sekaligus memberikan pengguna lebih pilihan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.