Cari @ Amanz

Peti sejuk dengan rekaan yang boleh dikustomasi Samsung BESPOKE Top Mount Freezer mula ditawarkan di Malaysia hari ini. Di Malaysia tujuh pilihan kombinasi warna boleh dipilih oleh pembeli. Harga jualan bermula daripada RM3199 dan meningkat ke RM3399 bergantung kepada kapasiti peti sejuk.

Pratempahan untuk Samsung BESPOKE Top Mount Freezer dibuka dari 3-24 Mei ini. Sebuah ketuhar gelombang mikro BESPOKE Microwave Oven yang bernilai RM799 akan diberikan percuma dengan setiap pratempahan. Setiap peti sejuk BESPOKE Top Mount Freezer dilengkapi teknologi Optimal Fresh+ dan AI Energy Mode bagi memastikan kesegaran barangan yang disimpan di dalamnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd