Cari @ Amanz

LinkedIn kini telah mengemaskini statistik semasa penggunaan perkhidmatan mereka, berdasarkan kemaskini suku tahunan terbaharu, sekaligus memperlihatkan LinkedIn kini digunakan lebih 930 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Menariknya, di Malaysia, kini perkhidmatan sosial yang memfokuskan golongan profesional berkenaan mempunyai lebih 7 juta pengguna berdaftar.

Ini merupakan penambahan sebanyak 1 juta pengguna berdaftar sejak angka terakhir dikongsikan pada penghujung Januari 2023 lepas.

Dengan evolusi pada laman sosial, kini ramai beralih dan menggunakan laman sosial yang selesa dengan mereka, termasuk ramai golongan pekerja aktif dalam berkongsi kemaskini pada perkhidmatan LinkedIn.

Buat masa ini, LinkedIn sekadar berkongsi angka pengguna berdaftar sahaja, dan tidak diketahui berapa ramaikah pengguna yang aktif pada perkhidmatan berkenaan dari Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd