Cari @ Amanz

Pada hari ini, mungkin ramai sedia mengenali akan ikon mangga bersebelahan dengan bar URL, menandakan sesuatu laman berkenaan mempunyai ciri penyulitan HTTPS. Ia diperkenalkan sebelum ini dalam memastikan sesuatu laman tersebut selamat, berbanding yang lain.

Namun, kini dengan semua laman menggunakannya – termasuk laman berbentuk hasad dan lain-lain, kini Google melihat kepada memberikan nafas baharu kepada ikon tersebut. Google kini menyasarkan memperkenlkan kemaskini pada ikon tersebut seawal September ini melalui Google Chrome 117.

Dengan lebih 95% laman yang dimuatkan melalui Chrome pada Windows pada hari ini menggunakan HTTPS, Google merasakan ikon mangga memberikan petanda yang berbeza, sekaligus membuatkan pengguna terdedah kepada ancaman sekuriti.

Melalui ikon baharu, ia akan memberikan petanda kepada kebolehan mengawal apa yang diakses oleh sesuatu laman – lebih kurang seperti petanda untuk mengakses menu.

Pembaharuan kecil ini dijangka diperkenalkan pada Chrome versi desktop dan pada Android seawal September 2023 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd