Carian
Google Passkey Diaktifkan Bagi Menggantikan Kata Laluan
May 4, 2023 Effi Saharudin

Secara purata setiap insan di muka bumi mempunyai 8.4 akaun media sosial setiap satunya perlu mempunyai kata laluan tersendiri bagi memastikan ia sukar dirampas oleh penggodam. Proses ini sukar dengan ia perlu ditukar dengan kerap bagi meningkatkan lagi sekuriti. Hari ini Google mengaktifkan Passkey yang akan menggantikan keperluan menaip kata laluan apabila ingin menggunakan akaun.

Passkey ialah pengganti kata laluan yang disokong juga oleh FIDO Alliance, Apple dan Microsoft. Menerusinya akaun boleh di log masuk menggunakan imbasan biometri jari, Face ID atau pin skrin kunci peranti. Ia disokong pada peranti Android dan iOS bermula pagi ini.  Kerana ia menggunakan sistem biometri, Passkey adalah lebih selamat berbanding sistem 2FA menggunakan SMS yang boleh dipintas.

Google Passkey boleh diaktifkan untuk semua pemegang akaun Google sekarang dengan pergi ke g.co/passkeys. Pemilik masih boleh menggunakan sistem pengesahan kata laluan dan 2FA sekiranya perlu kerana penggunaan Passkey masih belum diwajibkan.

Komen