Gmail Turut Memaparkan Calit Biru Mengesahkan Identiti Penghantar Emel
May 4, 2023
Google
Effi Saharudin
Pengesahan identiti di Twitter, dan Instagram kini sudah menjadi kelaziman menerusi langganan. Menerusinya akaun disahkan adalah pemilik sebenar bagi mengelakkan penipuan. Ciri pengesahan identiti dengan ikon calit biru kini dikembangkan di Gmail pula.

Emel yang dihantar oleh organisasi yang sudah mengesahkan identiti mereka menerusi Brand Indicators for Message Identification (BIMI) akan memaparkan ikon calit biru. Sebagai contoh setiap emel daripada Google akan mempunyai calit ini bagi mengelakkan isu ia disalahguna bagi tujuan penipuan dan phishing yang serius.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.