Cari @ Amanz

AMD Ryzen 7840U diumumkan secara rasmi lewat malam semalam dengan AMD mendakwa prestasinya melangkaui cip Apple M2. Ia adalah cip untuk komputer riba dengan ia disahkan bakal digunakan oleh peranti keluaran Acer, Framework, HP, Lenovo, dan Razer.

Dari segi prestasi 7840U menawarkan peningkatan 24% berbanding cip AMD 6850H. Lebih menarik ialah dakwaan peningkatan 75% prestasi dalam mengekod media berbanding cip Apple M2 yang digunakan pada sebuah MacBook Air. Apabila dibandingkan dengan cip Intel Core i7-1360 pula peningkatan prestasi 128% pula dicatatkan.

7840U hadir dengan lapan teras dan 16 bebenang dengan kelajuan 3.2 GHz dan boleh mencecah 5.1 GH serta TDP antara 15-30W. GPU terbina pula adalah Radeon 780M dari keluarga RDNA 3 yang dilengkapi 6 CU. Teknologi 4nm TSMC digunakan bagi menghasilkan cip ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd