Cari @ Amanz

Nothing Phone (1) adalah antara peranti paling inovatif tahun lalu kerana dilengkapi sistem lampu di bahagian belakang. Dalam dunia telefon semua kelihatan seperti pelanduk 1000 serupa, keberanian Nothing menawarkan sesuatu yang unik harus dipuji. Tahun ini Nothing Phone (2) akan dilancarkan dan Nothing sudah mula mengacah elemen rekaan yang akan digunakan.

Seperti pada Phone (1) , Phone (2) juga akan mempunyai sistem lampu di bahagian belakang. Berdasarkan video yang dikongsi, akhirnya lampu LED berwarna merah ditawarkan dan bukan sekadar putih pada Phone (1). Seperkara lagi yang menarik ialah terdapat suis berhampiran lampu ini. Adakah ia suis untuk membisukan peranti seperti pada iPhone dan peranti OnePlus?

Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada musim panas sekitar Julai. Sekiranya spesifikasi mantap dipadankan dengan rekaan serta perisian yang setanding, ia boleh menjadi peranti yang menjadi impian ramai tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd