Carian
Liputan 5G Di Malaysia Kini Mencapai 57.8% Kawasan Berpenduduk
May 4, 2023 Aman

Kerajaan kini secara rasminya telah menyatakan DNB akan bertanggungjawab dalam membawa kadar liputan 5G di Malaysia mencapai 80% menjelang penghujung 2023 ini, dan selepas itu Malaysia akan beralih kepada model dwirangkaian 5G.

Selari dengannya, ia kini turut dikongsikan yang mana kadar liputan 5G di Malaysia kini telah mencapai angka 57.8% kawasan berpenduduk.

Buat masa ini, hampir semua syarikat telekomunikasi menawarkan akses 5G dibawah pelan masing-masing, kecuali pihak Maxis.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mencuba perkhidmatan 5G, dan berpuas hati dengan penawarannya setakat ini?

Komen