Apple sedia menawarkan beberapa aplikasi kreatif mereka dari Mac untuk pengguna tablet iPad. Terbaru, hadir desas-desus mengatakan aplikasi penyuntingan video popular Final Cut Pro akan seterusnya ditawarkan dalam versi yang dioptimasikan untuk iPad.
Mengikut desas-desus awal yang hadir, ia dikatakan Final Cut Pro versi iPad akan menawarkan ciri yang sama seperti terdapat pada Mac, tetapi dioptimasikan antaramukanya untuk skrin sentuh.
Dengan penawaran iPad Pro hari ini yang menyediakan spesifikasi tinggi, serta sedia digunakan bersama aplikasi kreatif seperti Adobe, maka tidak mustahil untuk kita melihat penawaran Final Cut Pro kepada iPad.
Apa pun, sama-sama kita nantikan sama ada desas-desus ini benar atau sebaliknya dalam tempoh setahun lagi.